Lahir masyarakat progresif

Lahir masyarakat progresif

KUCHING, 18 Ogos – Kejayaan Sarawak melahirkan masyarakat progresif, makmur dan harmoni hari ini adalah hasil penekanan kerajaan pada taraf pendidikan negeri.

Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud berkata kecemerlangan dalam apajua bidang bermula di sekolah, tempat di mana minda bijaksana diwujud, dipupuk dan dikembangkan.

Beliau berkata institusi sekolah perlu dilihat sebagai kunci yang dapat melahirkan generasi pemimpin yang tekad membawa kecemerlangan dalam apa juga bidang yang diterokai, ke tahap lebih tinggi.

Beliau berkata pelajar mesti dilengkapkan dengan pengetahuan yang sempurnaagar mereka benar-benar memahami dan komited dalam peranan yang mereka mainkan dalam masyarakat selepas meninggalkan persekolahan.

Taib berucap merasmikan pembukaan blok pentadbiran dan bilikdarjah baru Sekolah Tinggi Kuching di sini.

Majlis turut dihadiri Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid. – Bernama