Lahir murid kenal kepentingan Al-Quran

Lahir murid kenal kepentingan Al-Quran

Oleh Lyna Mohamad

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Okt – Sekolah Ugama Pantai Berakas baru-baru ini telah mengadakan majlis khatam Al-Quran tahunan mereka bagi murid-murid Darjah 6 yang diadakan di Dewan Wira, sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan diteruskan dengan bacaan Surah Ad-Duha hingga ke Surah Al-Masad oleh para peserta khatam.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para peserta khatam dan guru-guru sekolah berkenaan. – Gambar oleh Hardy AJ
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para peserta khatam dan guru-guru sekolah berkenaan. – Gambar oleh Hardy AJ

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Takhtim oleh murid-murid Darjah 4 dan 5, Doa Khatam kemudiannya dibacakan oleh salah seorang peserta khatam Awang Muhd Faiz Syazani bin Mohd Salihan dan laungan Dikir Asyraqal oleh murid-murid lelaki Darjah 4 dan 5.

Majlis keagamaan itu diakhiri dengan penyampaian sijil yang diselajurkan dengan penaburan bunga rampai kepada para peserta khatam oleh tetamu kehormat, ibu bapa dan guru-guru.

ARTIKEL YANG SAMA