Lahir pemimpin berkualiti

Lahir pemimpin berkualiti

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Dalam usaha untuk melahirkan individu yang boleh dijadikan pemimpin yang kader sebuah universiti, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hari ini telah mengadakan Kursus Intensif Kepimpinan Pentadbiran KUPU SB yang diadakan di kolej berkenaan, di sini.

Hadir berkongsi pengetahuan dan pengalaman pada kursus tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Kursus yang bertajuk ‘Cabaran dan Peranan Pemimpin Universiti dalam Memenuhi Keperluan Negara’ antara lain bertujuan bagi memenuhi keperluan dengan pendalaman ilmu, pemantapan sahsiah dan peningkatan kemahiran dalam kepimpinan, pentadbiran dan pengurusan.

Di samping itu, ia juga diharap dapat memberi pendedahan terhadap pengalaman sebenar dalam kepimpinan universiti dalam dan luar serta membincangkan mengenai falsafah, wawasan, hala tuju dan risalah universiti, fakulti dan pusat.

Yang Berhormat Pehin berkongsi pengetahuan dan pengalaman semasa kursus tersebut.
Yang Berhormat Pehin berkongsi pengetahuan dan pengalaman semasa kursus tersebut.
Antara mereka yang menyertai  Kursus Intensif Kepimpinan Pentadbiran KUPU SB.
Antara mereka yang menyertai Kursus Intensif Kepimpinan Pentadbiran KUPU SB.

Selain itu, ia juga diharap dapat merancang mutu pentadbiran dan pengurusan universiti di samping menilai program yang ditawarkan dan kegiatan yang dijalankan di KUPU SB.

Kursus tersebut disasarkan kepada Timbalan Ra’es, Penolong Ra’es, Pendaftar, Dekan-dekan, Pengarah dan Timbalan Dekan (Tempatan).

ARTIKEL YANG SAMA