Lahir perasaan kagum

Lahir perasaan kagum

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Peluang bersua muka dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam merupakan pengalaman berharga bagi rata-rata warga Gurkha dan British yang menghadiri Upacara Perbarisan Memperingati Perkhidmatan Tentera Gurkha ke-200 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, hari ini.

Antara mereka yang ditemui selepas upacara berkenaan, pasangan kembar Jharna dan Barsha, 21, melahirkan kekaguman mereka menyaksikan perbarisan pagi tadi yang bagi mereka memerlukan banyak kerja keras.

Jharna yang berada di negara ini kira-kira setahun menyatakan kegembiraannya apabila berpeluang untuk bersua muka dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan seterusnya menyaksikan perbarisan tersebut.

“Saya berada di negara ini dalam lawatan, dan buat pertama kali turun ke Bandar Seri Begawan, saya merasa gembira dan bangga menyaksikan ahli keluarga saya berbaris di hadapan sana di bawah panas terik,” ujar Barsha pula.

Pasangan kembar, Jharna dan Barsha ketika ditemu bual oleh media.
Pasangan kembar, Jharna dan Barsha ketika ditemu bual oleh media.

Sementara itu, warga British, Katie Berkberk yang datang bersama dua orang anaknya dan mertuanya untuk menyaksikan suaminya berada dalam perbarisan tersebut, turut melahirkan rasa kegembiraan yang tidak terhingga apabila berpeluang untuk menjunjung ziarah kehadapan majlis Baginda Sultan tambahan lagi Baginda Sultan turut berkenan mengusap kepala kedua-dua anaknya.

Menyentuh mengenai pengalamannya di negara ini, Katie berkata, setelah berada di negara ini selama 15 bulan, beliau merasa ketenangan yang berbeza berbanding di negara lain, terutamanya dari segi keindahan dan kebersihannya.

ARTIKEL YANG SAMA