Lahir rasa kasih sayang kepada Baginda Sultan

Lahir rasa kasih sayang kepada Baginda Sultan

Oleh Yusrin Junaidi, Imelda Grove H.A & Sim Y.H

Gambar oleh Yusrin Junaidi

 

TEMBURONG, 21 Julai – Semangat dan usaha pelajar yang menyertai Majlis Ramah Mesra di Daerah Temburong, hari ini, menggambarkan sikap dan perasaan sayang mereka akan raja yang dicintai sebagai peneraju dan pemimpin Brunei Darussalam.

Pujian itu disuarakan oleh salah seorang guru dari Australia, Clarissa White yang mengajar di Sekolah Rendah Labu Estet, ketika ditemui selepas majlis yang berlangsung di Padang Dewan Kemasyarakatan Temburong, hari ini.

Mengulas mengenai perkembangan pendidikan di negara ini pada perspektifnya, beliau berkata, perkembangan Bahasa Inggeris di Brunei sangat baik dan ia pasti akan lebih berkesan dengan adanya medium pembelajaran yang efektif seperti di sekolah tempatnya mengajar yang dipilih sebagai Sekolah Contoh memanfaatkan IT dalam pembelajaran.

“Ini menunjukkan pembangunan pendidikan yang sangat memberangsangkan dan langkah kerajaan di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ini sangat dipuji.”

Katanya lagi, setelah berada di Negara Brunei Darussalam selama dua tahun, beliau tidak menyangka akan kebolehan negara ini membangunkan sistem pendidikan ke tahap yang setaraf dengan negara lain di rantau ini.

Clasrissa White guru Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Labu Estet.
Clasrissa White guru Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Labu Estet.
Dayang Maisalamah Kamis merasa teruja dan gembira apabila berjumpa dengan Baginda Sultan.
Dayang Maisalamah Kamis merasa teruja dan gembira apabila berjumpa dengan Baginda Sultan.

Kemeriahan majlis yang dinanti-nantikan ramai itu jelas terasa dengan ribuan penduduk tidak mengira usia keluar beramai-ramai bagi menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Peluang berkenaan juga tidak dilepaskan oleh seorang warga emas berusia 80 tahun dari Kampung Senukoh.

Ketika ditemui, Haji Matzin bin Haji Badar menyuarakan perasaan amat gembira kerana diberi peluang sekali lagi menyertai Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi Daerah Temburong

“Baginda Sultan merupakan seorang pemimpin yang sangat peduli dan prihatin kepada rakyat dan penduduknya. Dari itu kita harus tetap sentiasa bersyukur dengan apa yang telah diberikan, dan kita harus memberikan sokongan baik khasnya di Daerah Temburong untuk kebaikan masa depan Daerah Temburong,” ujarnya.

Seorang lagi warga emas yang ditemui, Pengiran Haji Abdul Wahab bin Pengiran Hassan dari Persekutuan Pengakap Brunei Darussalam Daerah Temburong, turut melahirkan perasaan sangat teruja dan gembira kerana pada usia 70 tahun ini beliau masih lagi berpeluang beramah mesra bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Daerah Temburong.

Sementara itu, salah seorang penduduk Mukim Bukok, Temburong, Pengiran Haji Mohd Heris ketika ditemui pula menjelaskan mengenai pesambah beliau khas untuk Kebawah Duli Yang Mulia yang berupa sebuah potret diberi nama ‘Khalifah di Bumi Bertuah’.

“Potret berkenaan dihasilkan mengunakan Digital Art yang menunjukkan Khalifah di Bumi Bertuah Negara Brunei Darussalam, yang mana potret berkenaan diambil semasa perarakan Maulid Nabi Muhammad S.A.W,” jelasnya, sambil menambah, potret berkenaan juga mempunyai keistimewaannya tersendiri, yang mana ia menunjukkan kewibawaan Baginda Sultan sebagai seorang pemimpin yang tegas.

‘Khalifah di Bumi Bertuah’ nama sebuah potret yang menjadi pesambah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
‘Khalifah di Bumi Bertuah’ nama sebuah potret yang menjadi pesambah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Awang Padan dari puak Murut berasa cukup gembira sekali memperkenal barang-barang tradisional kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Awang Padan dari puak Murut berasa cukup gembira sekali memperkenal barang-barang tradisional kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Dalam kesempatan itu, pihak Media Permata turut berkesempatan menemu bual beberapa orang peserta persembahan padang, dan salah seorang daripadanya ialah dari puak Murut, Awang Padan bin Lasong yang berasal dari Kampung Parit Temburong.

Beliau berkata, pada tahun ini mereka mempersembahkan galeri Murut yang mengetengahkan barang-barang perhiasan asli perkahwinan puak Murut.

Pameran berkenaan, tambah beliau lagi, memperlihatkan tiga kategori tatacara tradisi puak Murut, seperti ‘sesuapan’ antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya.

Awang Hazami ahli pesilat Temburong berasa cukup gembira kerana dapat mempersembahkan silat asli Brunei kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Awang Hazami ahli pesilat Temburong berasa cukup gembira kerana dapat mempersembahkan silat asli Brunei kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Manakala itu, wakil Basilat Daerah Temburong, Awang Mohd Hazami bin Haji Yunus pula berkata, persembahan padang tahun ini agak berbeza dan menarik, yang mana Persatuan Basilat Daerah Temburong mempersembahkan persembahan Silat Kuntau Cekak Asli kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Beliau juga menyatakan perasaan terujanya melihat persembahan-persembahan daripada puak-puak yang lain, serta perasaan sangat bangga melihat anak didiknya terlibat dalam persembahan yang penuh semangat.

ARTIKEL YANG SAMA