Lahirkan belia berkemahiran

Lahirkan belia berkemahiran

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Pusat Pembangunan Belia (PPB) sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan lagi jenis latihan teknikal dan vokasional bagi melahirkan lebih ramai golongan belia berkemahiran dalam bidang-bidang yang banyak menyediakan peluang pekerjaan di negara ini.

Justeru, perlaksanaan Kursus ‘Scaffolding’ merupakan salah satu langkah yang diambil oleh pusat ini sebagai persediaan untuk membantu melahirkan lebih ramai golongan belia berkemahiran untuk menjayakan Wawasan Negara 2035.

Kursus Latihan ‘Scaffolding Level 1 & 2’ sesi kelima selama lima bulan anjuran pusat ini sedang giat dijalankan di mana 42 orang belia telah mengikuti kursus yang bermula dari 12 Januari 2015.

Kursus yang dijalankan secara intensif ini meliputi teori dan praktikal selama dua bulan di PPB di Jalan Utama, Tanah Jambu.

Selepas latihan lima bulan, mereka akan menjalani ujian bertulis untuk mendapatkan Sijil Pengiktirafan Antarabangsa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dari Akademi Binaan Malaysia dan Construction Industry Training Board (CITB) dari United Kingdom.

Para pelatih ketika menjalani latihan Kursus Scaffolding di PPB.
Para pelatih ketika menjalani latihan Kursus Scaffolding di PPB.

pg07_151201_b

Di samping itu, para pelatih juga akan menjalani Program Penempatan Kerja dengan syarikat-syarikat swasta yang berkaitan dengan bidang scaffolding selama tiga bulan.

Untuk meninjau perjalanan program latihan dan tahap kemajuan para pelatih setakat ini, satu lawatan telah diketuai oleh Pemangku Penolong Pengarah PPB, Awang Haswandi bin Haji Osman dan rombongan terdiri daripada para pegawai kanan pusat itu, Syarikat Blue Oceanic Management Services selaku konsultan kursus dan tenaga-tenaga pengajar yang didatangkan dari Akademi Binaan Malaysia.

Pada masa ini, Kursus Cable Jointer dan Kursus Fiber To The Home (FTTH) yang baru diperkenalkan pada bulan Oktober lepas masing-masing disertai 21 dan 16 orang belia.

Mana-mana belia yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus singkat berkenaan bagi sesi kemasukan seterusnya bolehlah mendapatkan permohonan untuk menyertai kursus di Pusat Pembangunan Belia, Jalan Utama Tanah Jambu pada waktu pejabat.

ARTIKEL YANG SAMA