Lahm kesal Schwini pergi

Lahm kesal Schwini pergi

BERLIN, 13 Julai (AFP) – Kapten pasukan Bayern Munich Philipp Lahm berkata beliau ‘terlalu kasihan’ dengan kapten pasukan Jerman Bastian Schweinsteiger yang akan menyertai Manchester United selepas menjalani pemeriksaan perubatan semalam.

Bayern Sabtu lalu mengumumkan mereka bersetuju dengan United untuk yuran perpindahan midfield yang berusia 30 itu yang akan pergi selepas 17 tahun untuk menandatangani persetujuan tiga tahun bersama kelab Inggeris itu.

Menurut media Jerman dan UK, United akan membayar Bayern sekitar 14 juta pound (A$21.72 juta) dan akan menyaksikan Schweinsteiger kembali bertugas di bawah bekas pengendali Bayern, Louis van Gaal.

Pasukan gergasi Inggeris itu dilaporkan berazam untuk melengkapkan persetujuan tidak lama lagi, jadi Schweinsteiger boleh menyertai mereka apabila mengadakan jelajah Amerika Utara hari ini. Bayern sementara itu berada dalam kesukaran tanpa midfield mereka.

“Kami perlu menghormati dan menerima keputusan (Schweinsteiger). Dia mencari cabaran baru tetapi bagi saya sayang sekali dia akan pergi. Saya perlu menyatakannya,” kata Lahm.

Philipp Lahm (kanan) kesal dengan keputusan Schweinsteiger meninggalkan Bayern untuk menyertai United. – Reuters
Philipp Lahm (kanan) kesal dengan keputusan Schweinsteiger meninggalkan Bayern untuk menyertai United. – Reuters

Setelah membuat 536 kemunculan bagi Bayern sejak kemunculan pertamanya pada 2002 ketika berusia 18 tahun, Schweinsteiger memenangi semuanya di Jerman.

Naib kapten Bayern itu mendapat pingat kemenangan Bundesliga kelapan musim lalu dan menjulang Piala Jerman dalam tujuh musim.

Dia adalah tokoh utama dalam tiga kemenangan pasukan pada 2013 yang memenangi Liga Juara–Juara, liga dan Piala Jerman.

“Dia seorang pemain yang hebat dan tidak perlu bercakap mengenainya sebagai seorang pemain bola sepak,” menurut kata pemain antarabangsa Brazil, Rafinha.

“Dia seorang ketua bagi kami dan semua orang di sini sedih dia akan pergi, tetapi saya berharap dia akan mencatatkan kejayaan di Manchester United.”

ARTIKEL YANG SAMA