Lakay juara Piala Lau Chin Hong

Lakay juara Piala Lau Chin Hong

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 27 Okt – Pasukan Lakay mengharungi cabaran sengit pada lewat suku terakhir tetapi berjaya mengalahkan pasukan SunnyBee Bakeshop & Cafe 79-65 semalam untuk mengekalkan kejuaraan Piala Bola Keranjang Lau Chin Hong di tangan mereka buat kali kedua berturut-turut.

Pertandingan tersebut berlangsung di Kampung Baru Cina, Seria.

Selepas mewujudkan kelebihan lima mata dengan baki tiga minit pada suku pertama, Pasukan Lakay muncul mendahului lawan, namun terpaksa bertukar kepada taktik bertahan selepas Pasukan SunnyBee mengejutkan pihak lawan mereka untuk mengikat jurang mata dengan seri 58-58.

Tetapi hanya setakat mengikat kedudukan sahaja yang mampu Pasukan SunnyBee lihatkan dalam perlawanan final tersebut kerana Pasukan Lakay terbukti menonjolkan kekuatan mereka dengan menjaringkan mata lebih hasil daripada kerjasama di antara dua pemain hebat mereka Mordeno dan Barcellona.

Walaupun dengan ketibaan pemain import SunnyBee, Charlie Bolias memberikan semangat kental kepada rakan-rakannya, taktik permainan yang ditunjukkan di antara Mordeno, Barcellona dan kapten mereka Requintin berjaya memotong pertahanan SunnyBee untuk membuka jurang 20 mata lebih di antara kedua-dua pasukan berkenaan.

Antara aksi menarik tatkala perlawanan akhir di antara pasukan Lakay dan SunnyBee.
Antara aksi menarik tatkala perlawanan akhir di antara pasukan Lakay dan SunnyBee.

Lakay menguasai permainan dalam suku kedua dengan Mordeno memimpin mereka untuk melanjutkan 20 mata lagi ketika masa berbaki tiga minit. Leones yang dimasukkan dalam suku masa kedua banyak mempengaruhi permainan dengan kemahiran yang ditunjukkan di gelanggang.

SunnyBee berkumpul semula pada suku ketiga, dan melalui pemain laju mereka Aying, berkesan memecahkan pertahanan Lakay untuk merapatkan lagi jurang mata.

Namun di suku akhir, Pasukan Lakay menyambut kemenangan penuh mereka untuk mempertahankan piala yang mereka menangi tahun lalu dengan mata terakhir.

Hadir di majlis penyerahan piala juara dan naib juara serta pingat-pingat kepada semua pasukan dan pemain ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara juga selaku Ketua Kampung Mumong, Yang Berhormat Haji Mohd Yusof bin Dulamin selaku tetamu kehormat.

ARTIKEL YANG SAMA