Laksamana China ke Syria sokong rejim

Laksamana China ke Syria sokong rejim

BEIJING, 18 Ogos – Seorang pegawai atasan tentera China telah mengunjungi Syria minggu ini dalam menunjukkan satu sokongan ke atas rejim Presiden Bashar Assad, lapor media rasmi hari ini, menekankan sokongan Beijing ke atas kerajaan autoritarian itu dan bimbang tentang penu Laksamana Muda Guan Youfei bertemu pada Ahad dengan Menteri Pertahanan Syria Fahd Jassem al-Freij di Damsyik, kata Agensi Berita Xinhua.

Dia juga menemui jeneral Rusia pada hari berikutnya yang menyelaraskan bantuan ketenteraan negaranya bagi pertempuran Assad memerangi kumpulan pembangkang bersenjata, kata agensi. Xinhua berkata Guan menyatakan kesanggupannya untuk merangsang kerjasama tentera dengan Syria, sementara akhbar Global Times memetik Kementerian Pertahanan China sebagai berkata bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkembangkan latihan kakitangan dan bantuan kemanusiaan menerusi pihak tentera China.

Pihak tentera China “bersedia untuk memperkukuhkan kerjasama dengan rakan sejawatan Syria,” ia memetik kementerian sebagai berkata.

Guan adalah ketua bagi Pejabat Kerjasama Ketenteraan Antarabangsa di bawah Suruhanjaya Pusat Ketenteraan yang menyelia pasukan bersenjata China seramai 2.3 juta orang. – AP

ARTIKEL YANG SAMA