Laku 18 pengguguran semata-mata anak lelaki

Laku 18 pengguguran semata-mata anak lelaki

HANOI, 29 Mei (dpa) – Kisah seorang wanita Vietnam yang mengatakan dia melakukan 18 pengguguran dalam percubaan tidak berjaya untuk mendapatkan anak lelaki, mencetuskan simpati dalam kalangan pengguna Internet hari ini mengenai amalan pemilihan jantina yang menurut pegawai sudah mencapai tahap yang membimbangkan.

Dalam satu kemunculan TV minggu ini, dengan wajahnya disembunyikan, dia menerangkan bagaimana selepas melahirkan empat orang anak perempuan, kekecewaan suami dan tekanan yang dihadapinya membawa dia berulang kali menggugurkan kandungan apabila janinnya adalah perempuan.

“Saya sangat kecewa dan mahu membunuh diri, meninggalkan segalanya,” kata wanita itu. “Suami saya masih lagi mencari seseorang yang boleh melahirkan anak lelaki untuknya.”

Media sosial gempar selepas kisah wanita itu disiarkan. “Sedihnya wanita ini tidak berani mengatakan dia membantah pemikiran kuno itu,” kata seorang pembaca di laman berita Kenh14.vn.

ARTIKEL YANG SAMA