Laluan ASEAN wujud identiti ASEAN

Laluan ASEAN wujud identiti ASEAN

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) – Pengwujudan Laluan ASEAN adalah usaha untuk mewujudkan identiti ASEAN di rantau ini, kata Duta Filipina di Malaysia, J. Eduardo Malaya.

Beliau berkata Manila gembira dengan penubuhan laluan ASEAN diLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Justeru, beliau mencadangkan supaya 10 negara anggota ASEANmewujudkan laluan ASEAN di lapangan terbang antarabangsa di negara masing-masing.

“Lebih cepat kita mempunyai laluan ASEAN lebih baik kerana ia akan memudahkanurusan perjalanan bagi perniagaan selain memupuk perdagangan intra-ASEAN,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN pada 2015, telah mewujudkan lima Laluan ASEAN iaitu dua di balai berlepas antarabangsa dan tiga di balai ketibaan antarabangsa di KLIA.

Di klia2, balai berlepas dan balai ketibaan antarabangsa mempunyai dua laluan ASEAN dengan setiap laluan khusus untuk pelancong dari negara ASEAN. Laluan ASEAN akan mempermudahkan akses bagi pelawat dari negara anggota untuk ke kaunter daftar masuk dan daftar keluar Imigresen.

Thailand merupakan negara ASEAN yang pertama mewujudkan laluan ASEAN di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-5 pada Disember 1995.

Bagaimanapun, Thailand memansuhkan kedua-dua lorong ASEAN di balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada Disember tahun lepas.