Laluan bagi program pendidikan tinggi

MIRI, 7 Mac – Curtin Universiti Malaysia (Curtin Malaysia) telah menawarkan peluang pengajian Asasi kepada pemohon lepasan sekolah yang menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka yang berminat menjalani pengajian itu boleh memohon sebelum bermulanya kelas pada 28 Mac 2018.

Curtin Malaysia memiliki sebuah kampus antarabangsa terbesar dan hab glo-bal di Asia, menawarkan kursus-kursus sarjana bertaraf dunia dalam bidang kejuruteraan dan sains, perniagaan dan kemanusiaan yang sama dengan Universiti Curtin utama di Perth dengan bayaran yang berpatutan.

Program-program Asasinya selama setahun dalam Kejuruteraan dan Sains, Perdagangan dan Kesenian (Media) akan terus diserap ke program ijazah.

Membina asas yang kukuh dengan pengajian tinggi bertaraf dunia di Curtin Malaysia melalui program Asasi Curtin Malaysia.

Di samping itu, ijazah yang diperoleh di Curtin Malaysia dianugerahkan secara langsung oleh kampus utama, dan pelajar sarjana boleh berpindah ke kampus utama atau kampus antarabangsa Curtin lain di Singapura dan Dubai untuk menghabiskan ijazah mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengambilan dan kajian semasa di Curtin Malaysia, pelajar berpotensi dan ibu bapa mereka dijemput menghadiri Hari Terbuka Akademik Curtin di kampusnya pada 17 Mac 2018.

Acara itu akan bercirikan taklimat, aktiviti daripada tiga fakulti Curtin Malaysia yang berkaitan dengan pengajian dan kerjaya berperingkat, serta lawatan kampus.