Laluan Kerber...

Laluan Kerber mudah, Serena berliku

MELBOURNE, 13 Jan- Juara enam kali, Serena Williams diberikan undian sukar hari ini di Terbuka Australia, sementara juara bertahan, Angelique Kerber melalui laluan yang lebih mudah menuju ke persaingan seterusnya.

Pemain dari AS itu, berusaha bagi mahkota Grand Slam ke-23 dalam pertandingan itu yang bermula di Melbourne pada Isnin lalu, menghadapi bekas pemain nombor tujuh dunia, Belinda Bencic dari Switzerland pada pusingan pembukaan.

Pilihan kedua, Williams, yang tewas kepada pemain ranking teratas, Kerber, pada tahun lepas, akan menentang Johanna Konta dari Britain pada pusingan keempat dan pilihan keenam dari Slovakia, Dominika Cibulkova pada suku akhir.

Dia mungkin mempunyai potensi berjumpa dengan Karolina Pliskova pada separuh akhir di bahagian bawah undian.

Juara Terbuka Australia lelaki, Novak Djokovic dan juara wanita, Angelique Kerber bergambar bersama piala masing-masing menjelang majlis pengundian  Kejohanan Terbuka Australia hari ini. – AP
Juara Terbuka Australia lelaki, Novak Djokovic dan juara wanita, Angelique Kerber bergambar bersama piala masing-masing menjelang majlis pengundian Kejohanan Terbuka Australia hari ini. – AP

Kejatuhan ranking Williams di nombor dua dunia berpunca dengan kekalahan mengejutnya kepada Pliskova di Flushing Meadows pada tahun lepas, yang juga menafikan peluangnya untuk melakarkan kejayaan lebih baik dari Steffi Graf dengan 22 kemenangan Grand Slam.

Pemain nombor satu dunia, Kerber adalah pilihan bagi pertembungan dengan pilihan ke tujuh dari Sepanyol dan juara Terbuka Perancis, Garbine Muguruza dalam bahagian atas undian.

Kerber, yang menewaskan Williams untuk memenangi gelaran pertama daripada dua Grand Slam pada tahun lepas di Melbourne, bermula dengan pertembungan pusingan pertama menentang Lesia Tsurenko dari Ukraine. – AFP