Laluan pertama ke Thailand

Laluan pertama ke Thailand

CHENGDU, 17 Julai – Tibet Airlines, syarikat penerbangan pertama rantau autonomi berkenaan, hari ini melancarkan laluan penerbangan pertamanya yang menghubungkan barat daya Chengdu China dengan Pulau Samui, Thailand.

Airbus 319 itu akan terbang tiga kali seminggu. Laluan berkenaan akan mengambil masa tiga jam setengah setiap perjalanan.

Penerbangan itu muncul berikutan perjalanan yang semakin meningkat ke Thailand, dengan negara itu menjadi destinasi antarabangsa nombor satu bagi orang ramai dari Chengdu dan kawasan sekitarnya di barat China.

pg19_160718_b

Walaupun Chengdu mempunyai sembilan penerbangan sehari ke Thailand, menawarkan 11,000 tempat duduk seminggu, Tibet Airlines menjadi yang pertama untuk menyediakan penerbangan langsung ke pulau peranginan Samui itu.

Dilancarkan pada 2011, Tibet Airlines terbang ke bandar-bandar besar utama China termasuk Beijing, Shanghai, Chongqing dan Hangzhou. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA