Laluan reformasi FIFA masih jauh

Laluan reformasi FIFA masih jauh

ZURICH, 22 Julai – Individu berprofil tinggi yang akan mengetuai pasukan petugas khas untuk melakukan pembaharuan penting badan dunia bola sepak FIFA akan dinamakan tidak lama lagi, sumber yang rapat dengan kepimpinan organisasi tersebut berkata.

Walau bagaimanapun, apa-apa perubahan kepada mesyuarat jawatankuasa eksekutif FIFA September ini, menurut sumber kanan, bakal menghadapi tentangan sengit walaupun penaja utama menggesa pembaharuan yang serius berikutan pihak berkuasa AS mendakwa 14 orang, termasuk tiga bekas naib presiden FIFA yang dituduh mengambil atau memberi berjuta-juta dolar rasuah sebagai balasan kepada pemasaran bola sepak dan kontrak televisyen.

Presiden FIFA yang akan keluar Sepp Blatter pada Isnin mengumumkan pasukan petugas 11 orang kuat, dengan seorang pengerusi bebas, akan menyediakan pembaharuan termasuk had penggal pemimpin, pemeriksaan latar belakang yang lebih tegas terhadap ahli jawatankuasa eksekutif dan penerbitan gaji pegawai tertinggi.

Tekanan daripada penaja utama agar FIFA menamakan sebuah suruhanjaya bebas yang diketuai oleh seorang tokoh heavyweight, muncul sejak beberapa minggu bagi menyediakan pembaharuan yang akan dibawa ke kongres apabila presiden baru dilantik pada 26 Februari.

Kofi Annan antara beberapa pegawai yang disebut, namun bekas Setiausaha Agung PBB itu sudah mendedahkan melalui jurucakap bahawa dia mempunyai ‘jadual yang sibuk’ dan tidak berminat.

Bendahara CONMEBOL dan Presiden Konfederasi Bolasepak Bolivia Carlos Chavez meninggalkan mahkamah selepas kes rasuah beliau dalam FIFA diperdengarkan di sebuah mahkamah di Sucre, Bolivia semalam. – AFP
Bendahara CONMEBOL dan Presiden Konfederasi Bolasepak Bolivia Carlos Chavez meninggalkan mahkamah selepas kes rasuah beliau dalam FIFA diperdengarkan di sebuah mahkamah di Sucre, Bolivia semalam. – AFP

Bagaimanapun sumber yang rapat dengan kepimpinan FIFA berkata nama itu akan diumumkan tidak lama lagi. Sumber itu juga berkata, pasukan petugas akan bertugas dengan kadar segera menyediakan satu ‘laporan ringkas’ pembaharuan untuk dikemukakan kepada mesyuarat jawatankuasa eksekutif September nanti.

Ketua kumpulan itu akan dinamakan oleh Blatter sendiri dan ketua-ketua enam Konfederasi serantau dalam FIFA.

Empat Konfederasi utama – UEFA untuk Eropah, Konfederasi Bola Sepak Afrika, Asia dan CONCACAF, yang mewakili Amerika Utara dan Tengah dan Caribbean – akan menamakan dua orang untuk menganggotai suruhanjaya itu. CONMEBOL untuk Amerika Selatan dan Oceania juga akan menamakan wakil mereka. – AFP