Laluan untuk Pasukan Brunei Press nampak sukar

Laluan untuk Pasukan Brunei Press nampak sukar

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Harapan dan laluan untuk Pasukan Brunei Press amat sukar selepas tewas dalam perlawanan keduanya pada pusingan suku akhir Kejohanan Bola Keranjang NBT, Sukan Antara Syarikat 2015 di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam, Batu Bersurat, kelmarin.

Dalam perlawanan itu, Pasukan Brunei Press tewas kepada Pasukan D’Sunlit 86-98 dan perlu menang dalam perlawanan akhir untuk menghidupkan harapan mara ke separuh akhir.

Kekalahan kepada D’Sunlit merupakan kekalahan kedua bagi Pasukan Brunei Press setelah tewas tipis pada perlawanan pertama menentang Propel Services & Trading 15 Mei lalu.

Dalam perlawanan terdahulu, Pasukan Yuan Thong Enterprise mencatatkan kemenangan 86-78 menentang Pasukan Propel Services & Trading.

Aksi menarik perlawanan suku akhir di antara Pasukan Brunei Press (Jersi kelabu/hitam) menentang Pasukan D’Sunlit.
Aksi menarik perlawanan suku akhir di antara Pasukan Brunei Press (Jersi kelabu/hitam) menentang Pasukan D’Sunlit.

Kejohanan sudah memasuki suku akhir di mana daripada lapan pasukan yang beraksi dalam dua kumpulan pada pusingan suku akhir, hanya dua pasukan daripada setiap kumpulan akan layak mara ke separuh akhir pada 22 Mei nanti bermula jam 7.30 malam.

Perlawanan penentuan juara kejohanan akan diadakan 24 Mei di Gelanggang Bola Keranjang Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan bermula jam 11 pagi.

ARTIKEL YANG SAMA