Lambang keprihatinan raja terhadap rakyat

Lambang keprihatinan raja terhadap rakyat

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semalam berkenan menyempurnakan peletakan batu asas projek mega Jambatan Temburong, sepanjang lebih 30 kilometer yang akan menghubungkan Daerah Brunei Muara dan Temburong menjelang 2019.

Majlis penuh bersejarah itu berlangsung di tapak projek di Kampung Sungai Besar, Jalan Kota Batu di sini.

Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di kawasan tapak projek dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Jambatan Temburong; Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Jambatan Temburong; dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Wad-daulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan dijunjung bagi menyempur-nakan Upacara Peletakan Batu Asas Projek Mega Jambatan Temburong, sepanjang lebih 30 kilometer yang akan menghubungkan Daerah Brunei Muara dan Temburong menjelang 2019. - Gambar oleh In-fofoto
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Wad-daulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan dijunjung bagi menyempur-nakan Upacara Peletakan Batu Asas Projek Mega Jambatan Temburong, sepanjang lebih 30 kilometer yang akan menghubungkan Daerah Brunei Muara dan Temburong menjelang 2019. – Gambar oleh In-fofoto
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung untuk menandatangani plak kenangan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung untuk menandatangani plak kenangan.
Baginda Sultan berkenan untuk mendengarkan sembah taklimat mengenai Projek Jambatan Temburong, Kampung Sungai Besar, Jalan Kota Batu.
Baginda Sultan berkenan untuk mendengarkan sembah taklimat mengenai Projek Jambatan Temburong, Kampung Sungai Besar, Jalan Kota Batu.
Baginda Sultan berkenan dijunjung menyaksikan pameran model-model Jambatan Temburong yang diperbuat daripada Lego.
Baginda Sultan berkenan dijunjung menyaksikan pameran model-model Jambatan Temburong yang diperbuat daripada Lego.

p04-5_20160118 KDYMM dijunjung berkenan menerima pesambah

Baginda Sultan berkenan untuk beramah mesra bersama Presiden Syarikat DAILEM, salah sebuah syari-kat yang terlibat dalam projek pembinaan Jambatan Temburong.
Baginda Sultan berkenan untuk beramah mesra bersama Presiden Syarikat DAILEM, salah sebuah syari-kat yang terlibat dalam projek pembinaan Jambatan Temburong.
KDYMM, Duli Pengiran Muda Mahkota dan Duli Pengiran Bendahara berkenan dijunjung berangkat bagi Majlis Santap Tengah hari setelah selesai menyaksikan pameran.
KDYMM, Duli Pengiran Muda Mahkota dan Duli Pengiran Bendahara berkenan dijunjung berangkat bagi Majlis Santap Tengah hari setelah selesai menyaksikan pameran.
Model Jambatan Temburong.
Model Jambatan Temburong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya menyaksikan tayangan video mengenai konsep binaan Jambatan Temburong yang memperlihatkan reka bentuk jambatan berkenaan setelah siap pembinaannya nanti.

Baginda kemudian dijunjung bagi menyempurnakan upacara peletakan batu asas Jambatan Temburong diiringi dengan laungan takbir yang diketuai oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya dijunjung untuk menandatangani Plak Kenangan Perletakan Batu Asas Jambatan Temburong dan bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya dijunjung mendengarkan sembah taklimat mengenai perkembangan projek pembinaan jambatan oleh Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) di Kementerian Pembangunan, Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Teknikal Jambatan Temburong.

Baginda seterusnya berangkat bagi menyaksikan pameran di mana Baginda mula-mula mendengarkan sembah taklimat mengenai keseluruhan pembinaan projek Jambatan Temburong yang di sembahkan oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan, Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Sejurus selepas sembah taklimat tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah daripada Jawatankuasa Kebangsaan bagi Jambatan Temburong yang disembahkan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Abd. Rahman.

Semasa menyaksikan pameran, Baginda juga mendengarkan penerangan mengenai pakej-pakej kontrak bagi pembinaan Jambatan Temburong yang disembahkan oleh Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, diikuti dengan penerangan daripada pihak-pihak pengurusan Syarikat Usahasama Daelim Industrial Limited-Swee Sendirian Berhad dan Syarikat Usahasama China State Construction Engineering Corporation Limited-Ocean Quarry & Construction Sendirian Berhad.

Baginda juga disembahkenalkan kepada pekerja-pekerja tempatan yang berkhidmat dengan syarikat-syarikat usahasama tersebut.

Seramai 33 orang pekerja tempatan kini berkhidmat di bawah Syarikat Daelim Industrial Limited, manakala 20 orang pekerja tempatan pula berkhidmat di bawah Syarikat China State Construction Engineering Corporation Limited.

Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung menyaksikan model-model yang diperbuat daripada Lego yang menampilkan reka bentuk Jambatan Temburong setelah selesai pembinaannya di samping mendengarkan sembah taklimat daripada Pengarah Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya, Awang Yee Kok On.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudian dijunjung menandatangani Lembaran Kenangan dan seterusnya berkenan bergambar ramai bersama ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan dan Pengurusan Projek Jambatan Temburong.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung berangkat bagi Majlis Santap Tengah hari.

Projek Jambatan Temburong yang akan menghubungkan Jalan Utama Mentiri di Daerah Brunei-Muara dengan Jalan Labu Estet di Daerah Temburong dengan merentasi Teluk Brunei ini adalah salah satu projek infrastruktur awam yang terbesar pernah diungkayahkan di negara ini.

Pembinaan Jambatan Temburong ini mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara ini. Sebagai satu projek bertaraf mega, pembinaan Jambatan ini akan melalui beberapa fasa atau pakej dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2019.

ARTIKEL YANG SAMA