Lambat naikkan kadar faedah jejas ekonomi

Lambat naikkan kadar faedah jejas ekonomi

LONDON, , 17 Ogos (Reuters) – Menanti begitu lama untuk menaikkan kadar faedah boleh menjejaskan pemulihan ekonomi Britain dan akan perlu dilakukan “sebelum” inflasi mencecah sasaran Bank of England (BoE), iaitu 2 peratus, menurut penggubal dasar Bank of England, Kristin Forbes semalam.

Menulis dalam Telegraph, Forbes berkata menaikkan kadar terlalu awal mungkin membuatkan syarikat-syarikat kurang bersedia untuk melabur dan para pengguna kurang bersedia untuk berbelanja, tetapi sela waktu sebelum perubahan dalam dasar kewangan dirasakan, bermakna wujud risiko meninggalkannya terlalu lambat.

“Mengekalkan kadar faedah pada kadar rendah masa ini ketika perluasan berisiko mewujudkan gangguan,” beliau menulis dalam satu artikel bagi surat khabar hari ini, yang disiarkan dalam talian semalam.

“Kadar faedah akan perlu dinaikkan sebelum inflasi mencecah sasaran kita, 2 peratus. Menunggu terlalu lama akan berisiko menjejaskan pemulihan, terutamanya jika kadar faedah kemudian perlu dinaikkan lebih cepat dari laluan beransur-ansur yang kita jangkakan.”

Forbes, seorang ahli akademik Amerika Syarikat dan anggota penetap kadar MPC, BoE, berkata dengan inflasi sekitar sifar, tidak perlu untuk bertindak sebelum Bank itu yakin ia kembali ke arah 2 peratus dalam tempoh dua tahun seperti yang diramalkan.

Gambar fail bertarikh 5 Mac 2015 menunjukkan seorang pejalan kaki melepasi bahagian bawah sebuah gerbang yang bertentangan dengan bangunan Bank of England di kota London. – Reuters
Gambar fail bertarikh 5 Mac 2015 menunjukkan seorang pejalan kaki melepasi bahagian bawah sebuah gerbang yang bertentangan dengan bangunan Bank of England di kota London. – Reuters

Beliau juga berkata penurunan nilai yuan China dan kejatuhan harga tenaga dan komoditi bererti “wujud sedikit lebih masa” sebelum tekanan inflasi terbentuk di Britain, tetapi dia akan meneliti lebih dekat bagi tanda-tanda tekanan harga domestik yang lebih kuat.

BoE mengurangkan kadar faedah kepada 0.5 peratus ketika krisis kewangan dalam tahun 2009 dan mengekalkannya sejak itu.

Para pelabur terkejut pada awal bulan ini apabila Bank itu berkata hanya seorang dari sembilan penggubal dasarnya – Ian McCafferty – mengundi bagi kenaikan kadar pada mesyuarat bulan Ogos mereka.

Kebanyakan ahli ekonomi dalam tinjauan Reuters menjangkakan dua atau malah tiga anggota Jawatankuasa Dasar Kewangan (MPC) mengundi bagi kenaikan kadar. Pada kemas kini laporan inflasi tempoh sukunya pada hari sama, Bank itu menekankan bahawa pengukuhan paun baru-baru ini dan kejatuhan baru dalam harga minyak akan menurunkan inflasi hingga sekurang-kurangnya pertengahan tahun depan dan berkata impak kenaikan dalam sterling mungkin berterusan lebih lama.

ARTIKEL YANG SAMA