Lampard alami kecederaan

Lampard alami kecederaan

NEW YORK, 19 Sept – Bekas bintang Chelsea dan England, Frank Lampard terpaksa keluar padang kerana mengalami kecederaan dalam keputusan seri perlawanan MLS di antara New York City FC 2-2 menentang FC Dallas semalam dalam apa yang dilihat kecederaan di bahagian kaki.

Dengan persaingan playoff hanya tinggal empat minggu saja lagi, ia mungkin satu tamparan bagi City dan Lampard, yang terlepas 12 perlawanan pertama musim ini dengan kecederaan di kaki yang sama tetapi telah menjadi kuasa berpengaruh bagi kelab yang mencabar Toronto FC bagi kedudukan teratas dalam Eastern Conference.

Lampard, yang mencatatkan sedozen gol dalam 15 perlawanan, keluar pada minit ke-41 dan kembali di bangku simpanan pada separuh masa pertama dengan kaki kirinya dibungkus.

Jurulatih, Patrick Vieira tidak segera mengetahui mengenai keadaan kecederaan tersebut.

“Dia seorang yang profesional,” kata Vieira. “Dia keluar kerana dia tidak mahu memburukkannya. Kami akan menunggu dan melihat bagaimana keadaannya.” – AFP