Lampard, Gerrard berganding lawan Spurs

Lampard, Gerrard berganding lawan Spurs

NEW YORK, 15 Julai – Frank Lampard dan Steven Gerrard berkemungkinan akan beraksi bersama di bahagian tengah setelah kedua-dua bintang England itu disenaraikan dalam pasukan MLS All Star menentang Tottenham hujung bulan ini.

Kedua-dua bintang England itu sebelum ini menjadi antara pemain paling menyinar sebelum meninggalkan meninggalkan kancah Liga Perdana Inggeris untuk berhijrah ke MLS.

Bekas bintang Liverpool, Gerrard membuat penampilan sulung bersama LA Glaxy ketika pasukan itu menang 2-1 ke atas kelab Mexico, Club America manakala bekas bintang Chelsea, Lampard masih belum membuat sebarang penampilan bersama New York City.

Kedua-dua pemain itu menyertai kelab MLS bulan ini tetapi mereka dipilih khas oleh Pesuruhjaya MLS, Don Garber manakala peminat membuat pemilihan 11 pemain lain menerusi undian, lapan daripada mereka merupakan pemain kebangsaan Amerika Syarikat.

Jurulatih MLS All-Stars, Pablo Mastroeni akan menamakan 20 pemain untuk beraksi bersama Lampard dan Gerrard pada 18 Julai ini dan senarai undian para penyokong bukan suatu jaminan para pemain akan mendapat tempat mereka.

Pasukan itu dijadual bertemu kelab Liga Perdana Inggeris itu di Denver. MLS All-Stars berjaya menewaskan Bayern Munich 2-1 tahun lalu selepas tewas 1-3 kepada Roma pada 2013. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA