Lampard ledak jaringan kelima

Lampard ledak jaringan kelima

MONTREAL, 18 Julai – Frank Lampard meledak jaringan kelimanya dalam enam perlawanan ketika New York City FC menewaskan Montreal Impact 3-1 pada perlawanan Liga Major Amerika (MLS), semalam.

Impact yang turut dikuatkan dengan bekas rakan sepasukan Lampard di Chelsea, Didier Drogba ketinggalan pada minit ke-35 menerusi bekas penyerang Barcelona, David Villa. New York menambah gol kedua hasil jaringan Jack Harrison sejurus sebelum rehat.

Tuan rumah kembali merapatkan jurang menerusi jaringan Harry Shipp dari jarak jauh pada minit ke-55, namun Lampard, 38 membuktikan dia masih berbisa dengan meledak gol ketiga, lima minit sebelum perlawanan berakhir.

Lampard dan Drogba sering dihimpit masalah kecederaan musim ini. Pertembungan ini adalah yang pertama buat kedua-dua rakan baik itu dalam kancah MLS musim ini.

Disebabkan kecederaan di bahagian betis, Lampard terlepas permainan di awal musim, manakala Drogba yang juga berusia 38 tahun terlepas dua perlawanan bersama Impact akibat kecederaan paha. – Agensi