Lampard tidak sabar sahut cabaran NYC

Lampard tidak sabar sahut cabaran NYC

LONDON, 26 Mei (AFP) – Frank Lampard tidak sabar untuk memulakan kehidupan barunya di New York selepas menamatkan kerjaya dalam Liga Perdana dengan bergaya.

Lampard menzahirkan ucapan selamat tinggal kepada bola sepak Inggeris dengan jaringan pembukaan dalam kemenangan 2-0 Manchester City ke atas Southampton di Eastland Ahad lalu sebelum pemergiannya diiktiraf dengan hadiah selepas perlawanan itu.

Ia adalah jaringan ke-259 Lampard dalam 882 perlawanan kelab dan pemergian sempurna bekas midfield Chelsea dan England itu ketika bersedia untuk menyertai pasukan Major League Soccer, New York City.

“Memang emosional tetapi saya bangga,” kata Lampard, 36, yang menyaksikan sumbangannya kepada bola sepak Inggeris diiktiraf dengan penyampaian hadiah selepas perlawanan itu.

Lampard (kanan) mengucapkan tahniah kepada Sergio Aguero yang menerima Kasut Emas Barclays EPL selepas muncul sebagai penjaring terbanyak musim ini. – Reuters
Lampard (kanan) mengucapkan tahniah kepada Sergio Aguero yang menerima Kasut Emas Barclays EPL selepas muncul sebagai penjaring terbanyak musim ini. – Reuters

“Penuh emosi. Sedikit kesedihan apabila selesai tetapi lebih banyak merasa bagus. Perlawanan berjalan lancar. Saya menjaringkan gol dan apa yang dilakukan oleh kelab kepada saya pada akhir perlawanan dan reaksi peminat – saya tidak meminta lebih lagi.

“Saya boleh mengatakan ia adalah satu penghormatan. Saya masih cergas dan merasakan saya boleh beraksi untuk beberapa tahun lagi. Mungkin saya boleh melakukannya dalam Liga Perdana tetapi pilihan saya adalah untuk beraksi di Amerika.

ARTIKEL YANG SAMA