Lampard wira New York City

Lampard wira New York City

NEW YORK, 31 Julai – Frank Lampard menjaringkan gol pertama dalam hatrik dalam sejarah francais itu, meletakkan New York City FC dalam kejayaan 5-1 ke atas Colorado Rapids semalam.

Bukan hanya hatrik berlaku menentang pertahanan terbaik dalam liga tetapi legenda England, Lampard sekarang menjaringkan lapan gol sejak 18 Jun, terbanyak dari mana–mana pemain dalam Major League Soccer.

“Saya merasa gembira, saya tidak menyedarinya (hatrik pertama),’ kata Lampard. ‘Saya tahu ia adalah sejarah yang terlalu singkat tetapi ia adalah sanjungan hebat bagi saya.

‘Saya bermain dengan baik, merasa bagus dan jelas saya boleh menjaringkan gol…tetapi bagi pasukan lebih penting, dua kali dalam beberapa minggu kami tewas satu perlawanan dan kembali pada minggu depan dan menang.”

Tony Taylor dan Steven Mendoza juga menjaringkan gol bagi pasukan NYCFC yang memulakan separuh masa kedua musim mereka dengan ledakan dengan menjaringkan gol dalam 15 perlawanan bagi Rapid berturut–turut.

Gambar fail pada 17 Julai 2016 menunjukkan reaksi Lampard selepas menjaringkan gol pada separuh masa kedua daripada perlawanan bola sepak MLS menentang Impact Montreal di Montreal. Lampard menjadi wira New York City FC selepas menjaringkan gol pertama dalam hatrik dalam sejarah francais itu, meletakkan dalam kejayaan 5-1 ke atas Colorado Rapids semalam. - AFP
Gambar fail pada 17 Julai 2016 menunjukkan reaksi Lampard selepas menjaringkan gol pada separuh masa kedua daripada perlawanan bola sepak MLS menentang Impact Montreal di Montreal. Lampard menjadi wira New York City FC selepas menjaringkan gol pertama dalam hatrik dalam sejarah francais itu, meletakkan dalam kejayaan 5-1 ke atas Colorado Rapids semalam. – AFP

Shkelzen Gashi menambah gol pada masa penamat bagi Colorado yang beraksi dengan 10 pemain bagi menghindarkan tanpa jaringan.

Perlawanan tersebut dihentikan selama 40 minit pada separuh masa pertama kerana ribut petir di kawasan sekitar Stadium Yankee, New York.

Pasukan Rapid berada dalam perlawanan itu setelah melepaskan 14 jaringan, ketika mana mereka tidak pernah diekori dengan lebih dari satu gol. Kekalahan terakhir mereka adalah pada 9 April menentang Real Salt Lake.

Lapmpard, yang menjadi penjaring sepanjang masa bagi Chelsea di mana dia menghabiskan masa selama 13 tahun, membuka jaringan pada minit ke-28 dan jaringan Taylor sebelum separuh masa menandakan yang pertamanya di Stadium Yankee. – AFP