Lampu isyarat Jalan Muara – Jalan Bukit Kebun mula beroperasi

Lampu isyarat Jalan Muara – Jalan Bukit Kebun mula beroperasi

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai dan penduduk di sekitar kawasan Jalan Muara – Jalan Bukit Kebun, bahawa lampu isyarat di persimpangan Jalan Muara – Jalan Bukit Kebun akan mula beroperasi pada esok (Sabtu, 14 Januari) bermula pada jam 9:30 pagi.

Menurut JKR, pemasangan lampu isyarat di persimpangan berkenaan bertujuan meningkatkan lagi tahap keselamatan di jalan raya serta pengawalan peredaran lalu lintas yang lebih efisien di kawasan tersebut.

Sehubungan itu para pengguna jalan raya yang akan menggunakan jalan tersebut dinasihatkan supaya memandu dengan lebih berhati-hati dan berwaspada serta mematuhi papan-papan tanda arahan lalu lintas yang telah disediakan.

ARTIKEL YANG SAMA