Lampu isyarat mula beroperasi

Lampu isyarat mula beroperasi

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 April – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa lampu isyarat di persimpangan Jejambat Lebuhraya Muara Tutong berdekatan Pusat Tingkatan Enam Meragang akan mula beroperasi esok (4 April 2016) jam 9:00 pagi.

Sehubungan itu, JKR dalam kenyataannya menasihatkan para pengguna jalan raya yang menggunakan jalan tersebut supaya berhati-hati serta mematuhi had laju, papan-papan tanda arahan serta lampu isyarat yang disediakan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Negara Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA