Lampu isyarat Spg 612 mula beroperasi

Lampu isyarat Spg 612 mula beroperasi

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Ogos – Jabatan Kerja Raya melalui Jabatan Jalan Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai dan para pengguna jalan raya amnya bahawa lampu isyarat di simpang tiga laluan keluar masuk Simpang 612 di Jalan Utama Salambigar, akan mula beroperasi pada 29 Ogos ini, jam 9.00 pagi.

Lampu isyarat tersebut dipasang mengikut keperluan keselamatan bagi para pengguna jalan raya yang menggunakan laluan persimpangan tersebut, menurut kenyataan JKR, hari ini.

Di samping itu, papan-papan tanda dan lampu isyarat keselamatan juga telah dipasang seperti lampu isyarat untuk membuat pusingan ‘U’ di persimpangan tersebut dan lampu isyarat bersedia untuk berhenti pada jarak 50m dan 70m dari persimpangan lampu isyarat berkenaan. Sehubungan dengan itu, JKR dalam kenyataannya, menasihatkan para pengguna jalan raya supaya akan sentiasa mematuhi papan-papan tanda dan lampu isyarat keselamatan yang disediakan di laluan tersebut.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan kerosakan, orang ramai bolehlah menghubungi JKR ini melalui talian Darussalam 123, Facebook (Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam) dan e-mel pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA