Lancar dron awasi jerung

Lancar dron awasi jerung

SYDNEY, 25 Nov (dpa) – Dron penjejak jerung memulakan penerbangannya di Australia hari ini, sebagai sebahagian percubaan projek berbilion dolar untuk memberikan perlindungan kepada para penyelam dan kegiatan bermandi-manda di pantai terhadap pemangsa lautan itu.

Dron-dron itu, adalah yang pertama seumpamanya, diuji di Pelabuhan Coff di pantai utara New South Wales, kawasan yang mempunyai rekod serangan jeruk yang banyak.

Terdapat beberapa rekod kenampakan jerung pada tahun ini setakat ini di Australia, dan kira-kira 31 serangan.

Apabila sebuah dron mengenal pasti seekor jerung di pantai mandi-manda, ia menghantar isyarat kepada satelit yang memberi amaran dan imej kepada penyelamat dengan GPS penjejak haiwan.

Pesawat tanpa pemandu itu akan dikawal oleh juruterbang terlatih dan kemudian dikendalikan oleh para penyelamat jika skim itu berjaya, jurucakap Jabatan Industri Utama berkata.

Salah satu tanda yang dipasang di pantai-pantai sebagai satu amaran kepada orang awam yang ingin masuk ke dalam air. - Reuters
Salah satu tanda yang dipasang di pantai-pantai sebagai satu amaran kepada orang awam yang ingin masuk ke dalam air. – Reuters

Dron-dron tersebut berkemungkinan diterbangkan pada pantai-pantai terkenal di Sydney dan di tempat lain di sepanjang pesisir pantai ketika cuti musim panas akan datang.

Menteri Industri Utama Niall Blair berkata percubaan itu adalah yang pertama sekali menggunakan teknologi baru.

“Smart drum lines” akan diuji minggu depan, di luar pesisir pantai utara bandar Ballina, di mana seorang peluncur tempatan diserang oleh seekor jerung lembu pada awal bulan ini.

Ia akan menghantar amaran selepas seekor jerung tertangkap pada cangkuk. Jerung itu kemudian akan ditandai, dibawa jauh ke laut sebelum dilepaskan.

“Tiada jalan mudah untuk mengurangkan risiko bagi para perenang dan peluncur,” kata Blair. “Kami menyampaikan komitmen untuk menguji sains terbaik yang ada, termasuk teknologi-teknologi baru, tatkala kami mencuba penyelesaian efektif buat jangka masa yang panjang untuk menjaga keselamatan pantai kita.”

Langkah-langkah terbaru juga termasuk lebih banyak stesen-stesen pemantau jerung di bawah air dan meningkatkan rondaan-rondaan helikopter.

ARTIKEL YANG SAMA