Lancaster berundur bimbing ragbi England

Lancaster berundur bimbing ragbi England

LONDON, 12 Nov (Agensi) – Stuart Lancaster (gambar) bertegas untuk tidak meletak jawatan sebagai jurulatih berikutan penamat teruk England pada Ragbi Piala Dunia.

Bagaimanapun berikutan pelbagai ulasan negatif membayangi keadaan positif di tengah-tengah persembahan yang dikaji semula oleh Kesatuan Ragbi Inggeris (RFU) ketika perlawanan baru saja selesai, Lancaster membuat keputusan yang tidak dapat dielakkan untuk meletak jawatan semalam demi mengelak penyingkiran.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh RFU, Lancaster berkata dia begitu sedih terpaksa untuk meletak jawatan, dan kali pertama membimbing hos Piala Dunia yang tersingkir dari peringkat kumpulan.

“Sementara itu banyak aspek kajian semula adalah begitu positif,’ katanya. “Kami tidak mencapai kejayaan di atas padang apabila ia penting, dan kami semua bertanggungjawab mengenainya, terutamanya saya.”

Ian Ritchie, CEO RFU, berkata dia dan Lancaster bertemu selepas kajian semula itu, dan sama-sama bersetuju dia seharusnya pergi dengan baki lima tahun dalam kontraknya. Lembaga RFU sebulat suara bersetuju lewat Selasa lalu.

pg22_151113_c

Kerana Lancaster melaporkan kepadanya, Ritchie berkata dia merasakan bertanggungjawab bagi apa yang berlaku, tetapi berkata dia diberikan kuasa oleh lembaga untuk mencari jurulatih pengganti, seseorang yang “membuktikan pengalaman antarabangsa.”

Penerima taruhan England, dengan segera membuat pilihan utama, Jake White, jurulatih yang memenangi Piala Dunia Afrika Selatan 2007, yang berada di Montpellier. Juga dipilih adalah jurulatih kelab-kelab Inggeris, Rob Baxter (Exeter) dan Jim Mallinder (Northampton), Eddie Jones, bekas jurulatih Australia dan Jepun yang baru memulakan di Stormer, Afrika Selatan, dan Conor O’Shea, dari Ireland yang mengarahkan ragbi di Harlequins.

Minggu ini, akhbar The Australian, berkata presiden RFU, Jason Leonard memberikan pilihan kepada jurulatih Australia, Michael Cheika, tetapi jurucakap RFU menafikan terdapat sebarang kontek. Cheika akan tiba di London untuk melatih pasukan Barbarian menentang Argentina pada 22 November di Twickenham.

Ketika Piala Dunia, RFU juga menafikan menghampiri Nick Mallet, bekas jurulatih Afrika Selatan dan itali.

Pembantu jurulatih, Graham Rowntree, Mike Catt, Andy Farrell masih lagi sebagai pekerja.