Lancer EX 2.0 lebih mantap

Lancer EX 2.0 lebih mantap

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat lagi salah sebuah kereta keluaran Mitsubishi yang amat popular yang diberikan nafas baru iaitu Mitsubishi Lancer EX 2.0 yang dilancarkan secara rasmi di Dewan Pameran, GHK Motors Sdn Bhd, Beribi, hari ini.

Pelancaran model terkini Mitsubishi Lancer EX 2.0 oleh pengedar tunggal kenderaan Mitsubishi di Negara Brunei Darussalam iaitu GHK Motors Sdn Bhd disempurnakan bersama oleh Pengarah Urusan GHK Motors Sdn Bhd, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan Pengarah GHK Motors Sdn Bhd, Jake Goh serta tetamu khas.

Lancer yang kini sudah mencapai generasi ke-9 sejak mula diperkenalkan pada 1973, bukan sahaja menampilkan reka bentuk luaran yang diperbaharui, tetapi juga dipertingkatkan dari segi kejuruteraan, pengalaman pemanduan, prestasi enjin dan ciri-ciri keselamatan yang terkini berbanding model sebelum ini.

Menurut Eksekutif Pemasaran GHK Motors, Matthew Low, rekaan Lancer EX terbaru itu bukan sahaja menampilkan rupa lebih sportif, malahan prestasinya juga dipertingkatkan hasil teknologi kejuruteraan tinggi, memastikan tahap pemanduan bertambah mantap dan menyeronokkan.

Ia mempertaruhkan kuasa enjin petrol 2.0L MIVEC yang digabungkan dengan transmisi automatik enam kelajuan teknologi INVECS-III CVT serta mampu mencapai kelajuan sehingga 147 kuasa kuda dengan kekuatan 6,000 RPM.

Yang Berhormat Pehin Goh King Chin melihat dengan lebih dekat ciri-ciri terkini, Lancer EX yang baru dilancarkan.
Yang Berhormat Pehin Goh King Chin melihat dengan lebih dekat ciri-ciri terkini, Lancer EX yang baru dilancarkan.
Yang Berhormat Pehin Goh dan Jake Goh selepas melancarkan Mitsubishi Lancer EX.
Yang Berhormat Pehin Goh dan Jake Goh selepas melancarkan Mitsubishi Lancer EX.

Selain daripada itu, sistem keselamatan Lancer EX juga dipertingkatkan lagi dengan memperkenalkan tujuh beg udara, sistem pengesan titik buta, Hill Start Assist, Hill Descent Control, sensor hujan, sistem ABS, EBD dan kamera undur serta mempunyai sistem Reinforced Impact Safety Evolution (RISE).

Di samping itu, bersempena dengan musim perayaan Hari Raya yang akan menjelang tidak lama lagi, GHK Motors Sdn Bhd juga sedang mengadakan promosi istimewa bermula 15 Mei lalu hingga 31 Julai di mana jika pelanggan membeli mana-mana model kenderaan Mitsubishi, Daihatsu atau Perodua, mereka memperoleh dua bulan pembayaran ansuran bulanan percuma dan baucar membeli-belah bernilai $1,000.

Orang ramai melihat dengan lebih dekat Mitsubishi Lancer EX yang baru dilancarkan.
Orang ramai melihat dengan lebih dekat Mitsubishi Lancer EX yang baru dilancarkan.

pg10_160521_c

Ini bermakna apa jua jenis model jenama tersebut, pelanggan akan mula membayar ansuran selepas Hari Raya.

Promosi itu bertujuan untuk membantu kewangan pelanggan dengan memberikan mereka peluang untuk membawa balik sebuah kereta baru dan pada waktu yang sama tambahan wang untuk berbelanja semasa sambutan itu nanti.

Pelanggan GHK boleh mengunjungi Bilik Pameran GHK untuk menyaksikan model-model terbaru dan membuat uji pandu. GHK Motors juga sedang mengadakan Jerayawara Mitsubishi di The Mall, Gadong, selama empat hari bermula hari ini hingga 23 Mei.

Untuk keterangan lanjut mengenai kenderaan terbaru dan maklumat promosi GHK Motors, pelanggan-pelanggan GHK Motors, boleh mengunjungi bilik pameran Mitsubishi atau menghubungi talian 2423423 semasa waktu bekerja atau mengikuti laman Facebook https://www.facebook.com/mitsubishimotorsGHK.

ARTIKEL YANG SAMA