Lancer EX ke-9 dilancar hari ini

Lancer EX ke-9 dilancar hari ini

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Pengedar tunggal Mitsubishi, GHK Motors Sdn Bhd akan melancarkan Mitsubishi Lancer EX serba baru pada 20 Mei ini pada jam 9:30 pagi di Bilik Pameran GHK Motors, Beribi.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk datang menyaksikan pelancaran kereta Lancer EX generasi ke-9 ini yang menampilkan rekaan lebih sportif, menurut Eksekutif Pemasaran GHK Motors, Matthew Low pada majlis pratonton media di sini hari ini.

Menurutnya lagi, rekaan Lancer EX baru ini bukan sahaja menampilkan rupa lebih segar, malahan prestasinya juga dipertingkatkan hasil teknologi kejuruteraan tinggi, memastikan tahap pemanduan bertambah mantap dan menyeronokkan.

Ia dikuasakan dengan enjin petrol 2.0L MIVEC digabungkan dengan transmisi automatik enam kelajuan teknologi INVECS-III CVT dan mampu mencapai kelajuan sehingga 147 kuasa kuda dengan kekuatan 6,000 RPM.

(Dari kiri ke kanan): Matthew Low, Pengurus Besar Mitisubishi of GHK Motors, Au Thien Kiong dan Pengarah GHK Motors Sdn Bhd, Jake Goh.
(Dari kiri ke kanan): Matthew Low, Pengurus Besar Mitisubishi of GHK Motors, Au Thien Kiong dan Pengarah GHK Motors Sdn Bhd, Jake Goh.
Pratonton media keluaran model terbaru Mitsubishi Lancer EX akan dilancarkan hari ini.
Pratonton media keluaran model terbaru Mitsubishi Lancer EX akan dilancarkan hari ini.

Selain itu, sistem keselamatannya semakin kukuh dengan tujuh beg udara, sistem pengesan titik buta, Hill Start Assist, Hill Descent Control, sensor hujan, sistem ABS, EBD dan kamera undur serta mempunyai sistem Reinforced Impact Safety Evolution (RISE).

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kereta Lancer terbaru ini, pelanggan bolehlah mengunjungi bilik pameran Mitsubishi atau melayari laman Facebooknya, https://www.facebook.com/mitsubishimotorsGHK.