Landasan hubungkan Habsyah-Djibouti

Landasan hubungkan Habsyah-Djibouti

ADDIS ABABA, 28 Ogos (Agensi) – Landasan kereta api baru menghubungkan Habsyah dan negara jiran Djibouti akan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun depan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kereta Api Habsyah, Getachew Betru.

Landasan sepanjang 724 kilometer yang dibina oleh Perbadanan Kejuruteraan Kereta Api China (CREC) dan Kejuruteraan Pembinaan Awam China (CCECC) itu menelan kos AS$4 bilion dan merupakan projek besar yang dijalankan bertujuan mewujudkan industri pengeluaran baru di Habsyah.