Landasan KIA dibuka semula

Landasan KIA dibuka semula

KUCHING, 28 Sept (Bernama) – Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) dibuka semula untuk operasi penerbangan pada 9:10 pagi ini.

Pengurus Kanan KIA, Mohd Nadzim Hashim berkata sebelum ini landasan itu diisytihar ditutup sejak 7 pagi oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan pihak berkuasa lapangan terbang akibat jerebu tebal.

Mohd Nadzim berkata pihak berkuasa KIA menjangka beberapa kelewatan dalam pergerakan penerbangan dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebanyak Tiga penerbangan Malaysia Airlines Berhad berlepas dari Lapangan Terbang tersebut sejak landasan di lapangan terbang itu kembali dibuka 9:10 pagi Isnin.

Sementara itu, Mohd Nadzim berkata sejumlah 3,132 penumpang yang terjejas akibat pembatalan 26 penerbangan di LTAB Kuching sejak 5:30 pagi sehingga 11 pagi Isnin lalu berikutan dengan selepas jarak penglihatan menurun kepada 300 meter 7 pagi tadi.

Beliau menambah lagi sebanyak lapan penerbangan mengalami kelewatan membabitkan enam pelepasan dan dua ketibaan bagi 999 penumpang.

Sementara itu menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, ketampakan rendah kurang dari lima kilometer di sekitar perairan Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang juga akan dijangka berterusan sehingga Rabu.