Laneige anjur aktiviti kekeluargaan

Laneige anjur aktiviti kekeluargaan

Oleh Imelda Farrah Zohre HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Bersempena Hari Keluarga Kebangsaan tahun ini, Laneige telah menganjurkan aktiviti bersama keluarga untuk ahli-ahlinya dan keluarga mereka bagi mewujudkan saat-saat istimewa bersama yang tersayang.

Ramai yang meluangkan masa bersama keluarga mereka, tanpa mengira usia, menyertai aktiviti kejutan itu yang berlangsung di Laneige, The Mall, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Laniege, acara ini antara lain bertujuan untuk menggalakkan warga Brunei yang sentiasa sibuk mengambil masa berkualiti untuk bersama keluarga.

Di samping itu, ia juga diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sebagai tulang belakang kehidupan, rahsia untuk gembira, keseimbangan, kualiti hidup untuk warga belia.

Pengurus Besar Laneige, Pat, dalam kenyataan itu, dipetik sebagai berkata, “Kami gembira kerana berpeluang mewujudkan saat-saat gembira bersama mereka untuk berkongsi kegembiraan bersama serta menghargai ibu bapa kita.”

Salah sebuah keluarga yang menyertai aktiviti anjuran Laneige.
Salah sebuah keluarga yang menyertai aktiviti anjuran Laneige.

ARTIKEL YANG SAMA