Laneige rai ulang tahun ke-10

Laneige rai ulang tahun ke-10

Oleh Imelda Groves & Anwar Rosly

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Syarikat kecantikan dan kesihatan wanita, Laneige Brunei hari ini meraikan ulang tahun ke-10 bersama kakitangan dan pelanggannya di Hotel Antarabangsa Rizqun.

Pengurus Am Laneige Brunei, Patricia Li ketika berucap di majlis itu melahirkan penghargaan kepada semua kakitangan yang komited dan pelanggan Laneige yang sering memberi kepercayaan kepada syarikat itu sehingga mampu bertahan selama 10 tahun di sini.

“Kami juga berterima kasih kepada syarikat induk, Amorepacific Corporation atas sokongan padu dan inovasi mereka yang membolehkan kami menjalankan projek-projek dengan lancar,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai latar belakang dan sejarah syarikat itu di negara ini yang menawarkan produk dan perkhidmatan selain menjalankan tanggungjawab korporat dan sosial, mewujudkan peluang besar dalam mencari bakat, tenaga dan inisiatif dalam pelbagai bidang terutamanya muzik, komunikasi dan pertukaran budaya.

Pengurus Am Laneige Brunei bergambar ramai bersama kakitangan dan pelanggan sempena meraikan ulang tahun ke-10.
Pengurus Am Laneige Brunei bergambar ramai bersama kakitangan dan pelanggan sempena meraikan ulang tahun ke-10.

Tambahnya lagi, sempena sambutan ulang tahun ke-10 ini, Laneige akan mengadakan satu siri aktiviti termasuklah ‘Meet The Profesional – Makeup Artist’ yang dipelawa dari Malaysia untuk membantu pelanggan dalam dandanan wajah yang sempurna dan semula jadi serta melancarkan produk terbaru, Two Tone Lip Bar dan Mini Pore Waterclay Mask.

ARTIKEL YANG SAMA