Langkah awal cegah penyakit tangan,kaki dan mulut

Langkah awal cegah penyakit tangan,kaki dan mulut

PENYAKIT tangan, kaki dan mulut (HFMD) memang banyak menyerang anak kecil termasuk anak damit yang setentunya menggusarkan hati para ibu bapa apabila si kecil terkena jangkitan penyakit ini.

HFMD adalah penyakit jangkitan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di bahagian tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan lampin dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

Pada kebiasaanya, HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD yang merebak dari individu ke individu dengan hubungan secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Semua orang boleh dijangkiti sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak, tetapi kanak-kanak di bawah umur lima tahun adalah paling mudah untuk dijangkiti.

Sebagai ibu bapa anda harus memainkan peranan dalam mencegah penyakit ini daripada menular dan menjangkiti anak-anak.

Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain daripada rawatan untuk mengurangkan gejala-gejala penyakit tersebut.

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di bahagian tangan, kaki dan dalam mulut.
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di bahagian tangan, kaki dan dalam mulut.

Langkah utama yang harus diamalkan bagi mencegah jangkitan HFMD daripada berlaku adalah dengan mengamalkan sikap mencuci tangan yang dilakukan secara konsisten dengan menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, menukar lampin dan mencuci najis.

Di samping itu, tutup mulut dan hidung apabila batuk dan juga bersin. Tidak digalakkan untuk berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.

Ibu bapa atau penjaga hendaklah memastikan diri mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau anak mereka.

Kerap memeriksa keadaan dan bersihkan segala barang permainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.

Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Ibu bapa hendaklah segera membawa anak berjumpa doktor sekiranya mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD.

ARTIKEL YANG SAMA