Langkah berjaga-jaga

Langkah berjaga-jaga

BRUSSELS, 22 Nov (AFP) – Para pegawai keselamatan Belgium mengadakan pertemuan hari ini untuk memutuskan sama ada untuk melanjutkan kawalan ketat di Brussels ekoran kebimbangan pejuang jihad merancang gaya serangan di Paris, ketika pihak polis meningkatkan pemburuan mereka bagi tersangka utama yang menjadi dalang pembunuhan beramai-ramai di bandar Perancis.

Bandar Belgium menutup sistem metronya dan menutup kedai-kedai dan bangunan awam semalam ketika ancaman ganasnya dinaikkan ke tahap tertinggi berhubung laporan tentang ‘ancaman serangan besar bom dan senjata api pasti akan berlaku’.

Grand Place, tempat bersejarah bandar itu, yang lazimnya sibuk dengan para pelancong, sunyi, dengan hanya beberapa orang menyeberangi lorong-lorong berbatu ketika kereta berperisai berada di luar dewan bandar.

Jawatankuasa keselamatan kebangsaan akan menentukan sama ada akan melanjutkan kawalan ketat ketika perkhidmatan keselamatan menggigihkan serbuan di daeran penghijrah di ibu negara untuk menjejaki pejuang-pejuang jihad yang dikatakan dalang di sebalik pertumpahan darah di Paris.

Anggota perkhidmatan keselamatan Belgium berjaga di luar dewan konsert tertutup Ancienne Belgique (AB) di Brussels. - AFP
Anggota perkhidmatan keselamatan Belgium berjaga di luar dewan konsert tertutup Ancienne Belgique (AB) di Brussels. – AFP

Para penyiasat bekerja 24 jam untuk mencari Salah Abdeslam kelahiran Belgium, salah seorang lelaki bersenjata yang masih bebas selepas siri-siri serangan yang diselaraskan ke atas tempat hiburan di Paris pada 13 November yang mengorbankan 130 orang .

Perdana Menteri Belgium Charles Michel berkata pihak berkuasa bimbang serangan gaya di Paris ‘dengan bahan letupan dan senjata api di beberapa lokasi.’

Pembunuhan beramai-ramai di Paris telah mengakibatkan EU dalam kebimbangan bahawa kumpulan pelampau yang mendapat inspirasi dari kumpulan Islam IS, yang telah membunuh beratus-ratus orang di seluruh dunia dalam beberapa minggu kebelakangan, boleh bergerak bebas di zon Schengen, EU yang tidak memerlukan penggunaan pasport.

Di Turki, polis telah memberkas seorang warga Belgium berketurunan Maghribi, Ahmet Dahmani, 26 dalam kaitan dengan serangan di Paris di peranginan Antalya, tempat berlangsungnya sidang mesyuarat G20 minggu ini, bersama dua lagi tersangka yang mungkin warga Syria.

ARTIKEL YANG SAMA