Langkah Brunei bermula goyah

Langkah Brunei bermula goyah

SINGAPURA, 29 Mei (BHM) – Pasukan negara memulakan langkah hambar pada perlawanan bola sepak Sukan Asia Tenggara ke-28 di Singapura hari ini apabila tewas 0-6 kepada Vietnam pada perlawanan pembukaan Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Bishan, Singapura. Le Thanh Binh membuat jaringan di separuh masa pertama memberikan Vietnam berada di depan, sebelum lima gol daripada ahli pasukannya yang lain memberikan tiga mata penuh.

Vietnam yang dijangkakan mendapat saingan sengit di perlawanan seterusnya menentang juara bertahan Thailand dan Malaysia, tidak memainkan pemain bintang mereka termasuk Mac Hong Quan dan Nguyen Cong Phuong dari barisan awal permainan.

Namun mereka masih berjaya menguasai perlawanan, walaupun mengambil masa 25 minit untuk menghasilkan jaringan pembukaan.

Manakala di separuh masa kedua, peluang terbuka begitu luas buat Vietnam apabila berjaya menambah jaringan mereka melalui Tran Phi Son, Hong Quan, Pham Duc Huy, Cong Phuong dan Phnam Manh Hong bagi memastikan kemenangan pembukaan mereka.

Brunei seterusnya akan menentang pasukan dari Laos pada hari Ahad, manakala Vietnam akan bertemu finalis lapan kali daripada 10 kejohanan SEA GAMES lalu iaitu Malaysia.

Aksi pasukan Vietnam selepas menjaringkan gol.
Aksi pasukan Vietnam selepas menjaringkan gol.
Pemain negara bergelut merebut bola daripada pihak lawan.
Pemain negara bergelut merebut bola daripada pihak lawan.

ARTIKEL YANG SAMA