Langkah terakhir Greece

Langkah terakhir Greece

ATHENS, Greece, 10 Julai (Agensi) – Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras akan berusaha mendapatkan sokongan untuk pakej berjimat cermat baru daripada partinya hari ini untuk mengekalkan negara dalam euro kurang seminggu selepas menggesa rakyat Greece supaya menolak pemotongan dalam satu referendum.

Menteri-menteri kerajaan menandatangani langkah baru tersebut yang mungkin melanjutkan kemelesetan selepas mengalami kemerosotan teruk selama enam tahun, yang termasuk pemotongan pencen dan kenaikan cukai.

Cadangan itu dihantar kepada pemiutang untuk diluluskan pada mesyuarat tergempar pemimpin dan menteri kewangan Kesatuan Eropah pada hujung minggu.

Jaminan keluar baru yang bernilai hampir $60 bilion itu akan menjadi jaminan ketiga Greece sejak ia kehilangan kemasukan ke pasaran pada 2010.

Namun dalam prosedur luar biasa, Tsipras terlebih dahulu berusaha mendapatkan kelulusan daripada parlimen untuk berunding dengan pemiutang berdasarkan cadangan dalam satu pengundian hari ini. Beliau pada asasnya meminta parti Syriza supaya menandatangani perubahan dasar itu meskipun lebih 60 peratus daripada pengundi menentang langkah berjimat cermat dalam referendum pada 5 Julai.

Perdana Menteri Greece Alexis Tsipiras ketika menghadiri mesyuarat di Parlimen Greece. – AFP
Perdana Menteri Greece Alexis Tsipiras ketika menghadiri mesyuarat di Parlimen Greece. – AFP

Tsipras sedang mengumpul penggubal undang-undang partinya untuk perbincangan pada pagi ini sebelum perdebatan parlimen.

Kerajaan gabungan itu mempunyai 162 kerusi dalam parlimen yang terdiri daripada 300 anggota dan berjanji akan menyokong perjanjian daripada sejumlah besar penggubal undang-undang pembangkang. Namun kegagalan untuk memberikan undi daripada kerajaannya sendiri mungkin menjatuhkan gabungannya.

Seorang penentang berpengaruh, Menteri Tenaga Panagiotis Lafazanis, menggesa kerajaan supaya jangan menandatangani jaminan keluar ketiga.

“Pilihan yang ada adalah sukar, tetapi pilihan paling teruk, paling memalukan dan tidak dapat diterima adalah satu perjanjian yang akan menyerah, merampas dan menguasai rakyat kami dan negara ini,” beritahunya pada persidangan perniagaan semalam, sebelum cadangan Greece dimuktamadkan.

ARTIKEL YANG SAMA