‘Langkah terbesar’ perangi perubahan iklim

‘Langkah terbesar’ perangi perubahan iklim

WASHINGTON, 2 Ogos (AFP) – Presiden Amerika Syarikat Barack Obama akan melancarkan apa yang beliau anggap sebagai “langkah paling pentng terbesar ndiambil” untuk memerangi perubahan iklim.

Rumah Putih akan mengeluarkan versi akhir Rancangan Tenaga Bersih Amerika, suatu peraturan alam sekitar yang akan menangani masalah pencemaran di loji tenaga yang sedia ada di negara tersebut, dengan menetapkan had ke atas emisi karbon loji tenaga bagi kali pertama.

Program itu menggariskan bagaimana perubahan iklim adalah ancaman kepada ekonomi, kesihatan, kehidupan dan keselamatan Amerika, kata Obama dalam rakan video yang dikeluarkan pada awal hari ini.

“Perubahan iklim bukan lagi masalah bagi generasi akan datang. Tidak lagi,” tegas Obama lagi.

“Loji-loji tenaga adalah sumber terbesar yang menjadi punca kepada pencemaran karbon berbahaya sekali gus menyumbang kepada perubahan iklim,” tambah Obama, yang menjadikan usaha memerangi perubahan iklim sebagai teras ikrar kempen pilihan rayanya pada 2008.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. – AFP
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. – AFP

“Bagaimanapun sehingga kini belum ada sebarang had persekutuan ke atas jumlah bahan pencemaran yang boleh dibuang ke udara oleh loji terbabit.”

Beliau menambah bahawa tanpa melaksanakan had yang belum dilaksanakan sebelum ini, “loji-loji tenaga yang sedia ada masih boleh membuang jumlah yang tiada had karbon berbahaya ke udara setipa minggu.

“Demi anak-anak kita, demi kesihatan dan keselamatan semua warga Amerika, langkah penting ini perlu segera dilaksanakan.”

Loji-loji tenaga merupakan punca bagi kira-kira 40 peratus emisi karbon dioksida Amerika Syarikat, gas rumah hijau yang paling biasa menyumbang kepada perubahan iklim.