Lantikan baru ahli Pengawasan Kejiranan

Lantikan baru ahli Pengawasan Kejiranan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Dis – Seramai 57 orang ahli Pengawasan Kejiranan di bawah Mukim Kilanas telah menerima surat lantikan masing-masing pada majlis yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penghulu Mukim Kilanas, Haji Abdullah bin Haji Halus yang turut menyampaikan surat-surat lantikan bersama Pegawai Penguasa Balai Polis Pusat, Penolong Penguasa Polis, Haji Naguib bin Dato Paduka Haji Ismail.

Juga hadir ialah para anggota Balai Polis Pusat, ahli-ahli Pengawasan Kejiranan di bawah Mukim Kilanas, ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung serta penduduk kampung.

Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Bunut, Haji Sari bin Awang Murat, sebelum ucapan alu-aluan oleh Ketua Kampung Kilanas, Haji Mohd Rais bin Haji Sabtu selaku pengerusi majlis.

Sesi bergambar ramai bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampung di bawah Mukim Kilanas.
Sesi bergambar ramai bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampung di bawah Mukim Kilanas.

Sebelum penyampaian sijil lantikan, taklimat mengenai dengan Pengawasan Kejiranan telah disampaikan oleh Kpl Hasnan bin Ali dari Balai Polis Pusat.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian derma kepada salah seorang penduduk Kampung Bunut Perpindahan yang menjadi mangsa kejadian kebakaran rumah pada 1 Disember lalu. Sumbangan merupakan hasil kutipan daripada Ikatan Belia Kampung Bunut (IKERAB).

Kemudian, tetamu kehormat juga menyampaikan sumbangan bagi tabung dana pembinaan masjid yang diterima oleh Haji Sari.

Sumbangan berkenaan adalah daripada Muslimah Masjid Kampung Bunut yang dikutip hasil daripada jualan garaj yang dijalankan sebelum ini.

ARTIKEL YANG SAMA