Lantikan baru ahli takmir Masjid Kg. Setia

Lantikan baru ahli takmir Masjid Kg. Setia

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Majlis Penyampaian Surat Lantikan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia yang diadakan baru-baru ini, diharap dapat merancang lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti untuk mengimarahkan dan menghidupkan takmir masjid.

Hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh selaku tetamu kehormat. Turut hadir ialah pemangku penolong pengarah dan juga pegawai-pegawai JHEM.

Majlis tersebut didahului dengan Solat Fardhu Maghrib dan Solat Sunat Hajat berjemaah, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Imam, Haji Hassan bin Haji Lussin selaku pengerusi majlis.

Majlis kemudian disusuli dengan sesi perbincangan bersama tetamu kehormat dan penyerahan surat lantikan kepada ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid.

Bergambar ramai bersama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia.
Bergambar ramai bersama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia.

Dengan adanya perlantikan ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid yang baru ini, mereka diharap akan terus berusaha untuk menghidupkan takmir masjid, di samping menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.

ARTIKEL YANG SAMA