Lantikan baru Gabenor Bank Negara M’sia

Lantikan baru Gabenor Bank Negara M’sia

KUALA LUMPUR, 27 April – Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei, 2016, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pelantikan beliau telah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di atas nasihat Perdana Menteri.

“Saya yakin di bawah kepimpinan Muhammad, BNM akan meneruskan sumbangannya dalam membantu kerajaan serta memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara,” kata Najib dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri juga yakin gabenor baharu itu dapat mentadbir dasar monetari dan mengawal selia industri kewangan negara, termasuk meneruskan usaha bank pusat membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya.

Jawatan terakhir Muhammad adalah sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, disandang sejak 2010.

Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara yang baru untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei. – Bernama
Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara yang baru untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei. – Bernama

Beliau memegang sijil Sarjana daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz di atas segala sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Gabenor BNM yang ketujuh,” kata Najib. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA