Lantikan baru jawatankuasa hoki Brunei

Lantikan baru jawatankuasa hoki Brunei

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Persatuan Hoki Brunei Darussalam, baru-baru ini, telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan sekali gus melantik jawatankuasa tadbir baru bagi sesi 2016 hingga 2018.

Dalam majlis tersebut Awang Mansor bin Haji Ibrahim telah dinamakan sebagai Yang Di-Pertua baru.

Menjawat jawatan Naib Yang Di-Pertua pula ialah, Pengiran Haji Hassan bin Pengiran Hashim, Setiausaha Kehormat disandang oleh Dayang Masnurfaiza binti Haji Mohd Zaini dibantu oleh Dayang Nurul Syazwani selaku Penolong Setiausaha Kehormat dan Jawatan Bendahari dijawat oleh Dayang Rokiah Kesut dan tanggungjawab selaku Penolong Bendahari disandang oleh Awang Alisam bin Haji Momin.

Majlis berkenaan turut dihadiri perwakilan dari Jabatan Belia dan Sukan selaku pemerhati.

Gambar ramai ketika mesyuarat itu dijalankan.
Gambar ramai ketika mesyuarat itu dijalankan.

ARTIKEL YANG SAMA