Lantikan Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah

Lantikan Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Majlis Ugama Islam memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan melantik Dato Seri Setia Haji Tasim bin Haji Akim sebagai Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di bawah Bab 9 (1) Akta Mahkamah-mahkamah Syariah Penggal, 184.

Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam satu kenyataan berkata, tarikh berkuat kuasa lantikan tersebut ialah bermula pada 1 April 2016.

ARTIKEL YANG SAMA