Lantikan PK Kampung Puni

Lantikan PK Kampung Puni

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Mesyuarat bagi melantik ahli-ahli jawatankuasa bagi Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Puni, telah diadakan baru-baru ini,yang berlangsung di Balai Raya Kampung Puni.

Mempengerusikan mesyuarat pada 1 Ogos lalu itu ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad, yang juga selaku Ketua Kampung Belingus serta Pemangku Ketua Kampung Puni selaku Pengerusi PK Kampung Puni.

Turut hadir ialah Pegawai Penguasa Balai Polis Bangar, ASP Pengiran Anak Haji Azanuddin Aman Shah bin Pengiran Anak Haji Ismail Al-Haj, Penghulu Mukim Bangar, Haji Abdul Rahman bin Merusin, selaku Penasihat PK berserta pegawai dan anggota Balai Polis Bangar.

Gambar ramai bersama Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Bangar bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Puni.
Gambar ramai bersama Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Bangar bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Puni.

Sementara itu, semalam, Jawatankuasa PK Kampung Labu Estate telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Balai Raya Kampung Labu Estate.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ASP Pengiran Anak Haji Azanuddin Aman Shah.

Turut hadir pada sambutan tersebut ialah Ketua Kampung Labu Estate, Haji Sulaiman bin Haji Nasir selaku Pengerusi PK Kampung Labu Estate dan pengerusi sambutan, serta Penghulu Mukim Labu, Haji Abdulrahman bin Haji Nasir selaku Penasihat PK.

ARTIKEL YANG SAMA