Lanun rampas kapal tanker Singapura

Lanun rampas kapal tanker Singapura

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (dpa) – Sebuah kapal tanker yang berdaftar di Singapura telah dirampas oleh sekumpulan lanun ketika membuat pelayaran di perairan Malaysia dan merompak minyak marin yangh dibawa sebelum melepaskannya, pegawai kanan pengawal pantai Malaysia memberitahu hari ini.

Kapal tersebut hilang hubungan dengan pihak berkuasa pelabuhan lewat kelmarin, beberapa jam selepas ia meninggalkan bandar Indonesia di Tanjung Pinang, menurut Ahmad Puzi Ab Kahar, penolong pengarah operasi agensi tersebut. Ahmad Puzi berkata kapal tersebut yang membawa 10 anak kapal dan 3,000 tan minyak marin, sedang dalam perjalanan ke pulau peranginan Malaysia Langkawi apabila ia diserang.

Dia berkata kapal tersebut telah dijumpai pada pagi ini di luar pulau Indonesia Pulau Rupat. Dia mengatakan dua orang anak kapal mengalami kecederaan ketika serangan itu dan kini sedang dirawat di hospital berdekatan.

Pusat pemerhati lanun Biro Antarabangsa Maritim berkata sebanyak 92 insiden serangan lanun telah direkodkan di perairan Asia Tenggara dari bulan Januari hingga Jun, jumlah yang paling banyak dari mana-mana rantau seluruh dunia.

ARTIKEL YANG SAMA