Laos, ASEAN cegah Zika

Laos, ASEAN cegah Zika

VIENTIANE, 21 Sept – Kerajaan Laos akan terus bekerjasama dengan negara-negara ASEAN yang lain untuk memantau keadaan global dan serantau mengenai jangkitan virus Zika, berita harian Laos, Vientiane Times melaporkan hari ini.

Menteri Kesihatan Laos, Bounkong Syhavong pada sidang akhbar di Vientiane pada hari Isnin memberitahu bahawa beliau telah berbincang isu itu semasa sidang video antara Menteri-Menteri Kesihatan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) mengenai ancaman yang ditimbulkan oleh virus Zika di rantau ini.

Bounkong berkata bagi pihak kerajaan Laos, beliau menyuarakan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan negara-negara lain anggota ASEAN dalam mencegah penularan virus Zika, mengawal dan bertindak balas. Tiada kes yang dilaporkan mengenai virus itu di Laos.

Beliau berkata menurut komunikasi risiko, kementerian telah memastikan bahawa semua hotline 166 berfungsi dan mesej utama mengenai Zika diedarkan kepada orang ramai dan kumpulan khas. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA