Laos, Filipina benam Brunei

Laos, Filipina benam Brunei

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Pasukan Negara Brunei Darussalam terus memburu kemenangan pertama di Kejohanan Persatuan Bola Keranjang Asia Tenggara (SEABA) ke-11 di Singapura, selepas tewas kepada Laos 75-62 dalam perlawanan ketiga negara, kelmarin.

Jurulatih pasukan negara, Nomar Isla, berkata kekalahan itu amat mengecewakan dan pasukannya bermain dengan bersungguh-sungguh namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Pasukan negara mempunyai baki dua perlawanan apabila menentang lawan yang berpengalaman dan kecederaan yang dialami oleh beberapa orang pemain negara menyukarkan lagi peluang meraih kemenangan pertama.

Pasukan Brunei juga tewas 140-29 kepada Pasukan Filipina hari ini dan pasukan negara akan menentang Pasukan Indonesia esok (1 Mei).

Kejohanan yang berlangsung di OCBC Arena, Kallang, Singapura itu disertai enam buah negara iaitu Negara Brunei Darussalam, Singapura, Laos, Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Pasukan Brunei dan Laos bergambar ramai sebelum perlawanan bermula di Singapura, kelmarin.
Pasukan Brunei dan Laos bergambar ramai sebelum perlawanan bermula di Singapura, kelmarin.