Laos mahu hak maritim dihormati

Laos mahu hak maritim dihormati

VIENTIANE, 25 Jan – Laos ingin melihat hak maritim dihormati dan mengelak penubuhan ketenteraan di Laut China Selatan, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry hari ini, selepas mesyuarat bersama Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong untuk menggesa perpaduan ASEAN ekoran tuntutan China.

Laos adalah pengerusi Pertubuhan 10 buah Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun ini dan akan menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak nanti tahun ini yang akan turut disertai para pemimpin dari Amerika Syarikat dan China.

“Dia sangat jelas inginkan penyatuan ASEAN dan dia ingin hak maritim dilindungi, dan dia mahu mengelak pertenteraan dan mengelak konflik,” kata Kerry kepada para wartawan selepas mesyuarat bersama Thongsing di Vientiane, bandar Laos.

Kerry yang merupakan setiausaha negara AS yang ketiga mengunjungi Kemboja sejak John Foster Dulles pada 1955 dan Hillary Clinton pada 2012, memberi respons pada persoalan adakah Laos akan mengambil pendirian teguh ke atas wilayah yang dipertikaikan di Laut China Selatan selaku pengerusi ASEAN.

Laos mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan negara jiran gergasi China, mencetuskan pentadbiran Obama timbul rasa bimbang yang Vientiane mungkin berkelakuan seperti Kemboja apabila ia menjadi pengerusi ASEAN pada 2012.

John Kerry berjabat tangan dengan Thongsing Thammavong semasa mesyuarat mereka di Pejabat Perdana Menteri di Vientiane, Laos pada 25 Januari. – Reuters
John Kerry berjabat tangan dengan Thongsing Thammavong semasa mesyuarat mereka di Pejabat Perdana Menteri di Vientiane, Laos pada 25 Januari. – Reuters

Kemboja telah dituduh menghalang konsensus dalam blok berhubung membantah usaha tegas China dalam tuntutannya di Laut China Selatan, yang sejak itu termasuk pembinaan pulau tiruan sesuai untuk kegunaan tentera.

“Ia adalah sangat penting yang Laos perlu memainkan peranan penting dalam ASEAN, dan ASEAN sendiri adalah amat penting untuk mendukung sistem berdasarkan peraturan di Asia Pasifik dan memastikan setiap negara, besar dan kecil, mempunyai hak bersuara dalam mengemukakan hal-hal yang berkaitan dengan perkongsian,” kata Kerry.

“Kami mahu semua orang menyuarakan pendapat dalam rantau itu tanpa mengira saiz, kuasa dan pengaruh.”

Kerry akan berkunjung ke Kemboja lewat hari ini sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menggesa perpaduan ASEAN menjelang sidang kemuncak yang Presiden Barack Obama adakan bersama para pemimpin blok bagi 15-16 Februari di Sunnylands, California.

Kerry pada Rabu akan menuju ke Beijing bagi rundingan bersama para pemimpin di sana.

Pegawai kanan Jabatan Negara AS mengatakan Kerry akan menetapkan nada yang menggalakkan di Laos dalam membincangkan pertambahan bantuan AS, termasuk lebih banyak dana bagi kerja-kerja untuk melupuskan bom-bom yang belum meletup milik kelengkapan tentera AS yang ditinggalkan dari Perang Vietnam, apabila Laos menjadi salah satu negara paling teruk dibom dalam sejarah, ketika Amerika Syarikat cuba untuk memusnahkan talian bekalan komunis yang melaluinya. – Reuters