Lapan anak yatim Kampung Kiudang terima sumbangan

Lapan anak yatim Kampung Kiudang terima sumbangan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 21 Nov – Badan Kebajikan Saudara-saudara Baru Kampung Kiudang (BASKIM), kelmarin telah mengadakan majlis penyampaian derma anak-anak yatim bagi saudara-saudara baru bertempat di rumah penasihat BASKIM, Kampung Kiudang.

Seramai lapan orang anak yatim daripada dua buah keluarga telah menerima sumbangan tersebut yang disampaikan oleh Penasihat BASKIM, Haji Umarali bin Esong.

Sumbangan tersebut adalah hasil daripada orang ramai yang menghulurkan derma kepada BASKIM khusus kepada mereka yang memerlukan dan kurang berkemampuan yang tinggal di kampung berkenaan.

Majlis kemudian diselajurkan dengan bacaan Doa Selamat dan Tahlil bagi mengingati jasa budi ayah anak-anak yatim yang dikepalai oleh Pengerusi Aktiviti Keagamaan dan Kebajikan BASKIM, Haji Saifulbahri bin Haji Omarali.

Haji Umarali bergambar ramai bersama anak-anak yatim yang menerima sumbangan derma kelmarin.
Haji Umarali bergambar ramai bersama anak-anak yatim yang menerima sumbangan derma kelmarin.

Turut hadir ialah penghulu Mukim Kiudang, ketua kampung Kiudang, ahli-ahli BASKIM dan ahli Majlis Perundingan Kampung Kiudang.

Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama ahli-ahli BASKIM, penyampaian derma tersebut juga antara lain bertujuan bagi meringankan

beban anak-anak yatim di samping menggalakkan masyarakat serta ahli-ahli BASKIM untuk membantu keluarga atau masyarakat yang memerlukan bantuan.

ARTIKEL YANG SAMA